Assalamualaikum guys,
Blog kali ni saya nak kongsi sedikit pengalaman pahit dan manis, suka dan duka serta segala-galanya bercampur aduk di gunung trusmadi.
Gunung Trusmadi terletak di Tambunan Sabah yang merupakan kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu yang juga terletak di Sabah. Gunung Trusmadi memiliki ketinggian 2642 meter yang merupakan gunung yang terindah kerana memiliki kekayaan flora dan fauna.
Perjalanan dari Sandakan menuju Keningau
Sebagai individu atau penduduk yang menetap di daerah Sandakan, kami perlu menempuh perjalanan menuju daerah Keningau dengan jarak tempuh sejauh 350km ( + 108km lanjutan ke kampung sinua) yang memakan masa sekitar 8 hingga 9 jam.
(Berehat bersama Kit Kat)
( Kami berhenti rehat selama 5minit sehingga 10 minit untuk merenggangkan urat-urat malas) Sebelum melanjutkan perjalanan ke daerah keningau yang masih jauh dengan jarak tempuh 208km(+ 108km lanjutan ke kg sinua)
Setiba nya kami di bandar keningau, kami berhenti rehat sejenak untuk makan tengahari serta membuat perbelanjaan asas keperluan semasa berada di basecamp 1 dan juga basecamp 2 nanti sambil menunggu team yang lain tiba di bandar keningau sebelum melanjutkan perjalanan ke kg sinua dengan jarak tempuh sejauh 108km.
Basecamp 1
Kami telah tiba di basecamp 1 sekitar jam 4 petang. Tidak banyak aktiviti yang perlu kami lakukan petang itu, kami hanya perlu membuat ;
#pendaftaran diri
#bersihkan diri
#mendengar taklimat ringkas dari guide
#rehat
Perjalanan menuju basecamp 2
Mengemas gear yang penting yang akan dibawah ke basecamp 2 serta kegunaan semasa naik ke puncak trusmadi. Selebihnya barang yang tidak dibawah akan di simpan di basecamp 1 kecuali ingin menggunakan porter lokal dengan kiraan rm10 hingga rm15 per kilo.
Basecamp 2
Setibanya kami di basecamp 2 sekitar jam 1 petang dalam keadaan cuaca kurang memberi kerjasama. Akitiviti yang cuma kami lakukan Adalah membersihkan diri, memasak, makan dan mengemas gear yang penting sahaja untuk di bawah naik ke puncak. Selepas itu, kami perlu rehat secukupnya untuk memulikan tenaga yang sudah terkuras habis semasa perjalanan dari basecamp 1 yang diperkirakan dalam anggaran 8km dengan berjalan kaki.
Pendakian Sebenar
Sebelum kami membuat pendakian sebenar, kami hanya perlu membawa barangan penting seperti ubat-ubatan, air secukupnya, kamera dan mental.
Di sini kami perlu mendengar taklimat ringkas dari guide yang akan memimpin kami semasa membuat pendakian ke puncak trusmadi. Yang paling penting SAFETY FIRST.
Puncak Gunung Trusmadi
Kami berjaya tiba di puncak gunung trusmadi sekitar jam 5.45 pagi dengan suhu mencecah 10°C.
Lokasi : puncak trusmadi signbord
Antara kelebihan semasa berada di puncak Gunung Trusmadi dengan keadaan cuaca yang cantik, kita dapat melihat pemandangan awan karpen , matahari terbit (sunrise) dan juga pemandangan Gunung Kinabalu.
Antara laluan extreme di Gunung Trusmadi
Lokasi : laluan yang kami lalui semasa menuju puncak ke trusmadi
Kesimpulannya
Biar pun banyak halangan yang kami tempuhi semasa memuncak gunung trusmadi namun ianya tidak memberi kesan negatif terhadap mental, fizikal serta stamina kami untuk menjayakan misi dalam pendakian untuk menawan puncak Gunung Trusmadi.
Jika korang yang belum pernah mencabar diri dalam pendakian gunung trusmadi, bolehlah cuba trail ini iaitu sinua trail. Memang terbaik dalam melatih mental, fizikal serta stamina.
Korang juga boleh ikuti Video saya di youtube channel saya seperti link di bawah ini 👇.
Ok guys itu sahaja pengalaman yang saya lalui yang dapat saya kongsikan.
Sekian
Writed by alnizam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan